Saturday 10 March 2012

omg

omgggggggg...

dah nak setahun tak update blog. 
lepas study je tak sentuh langsung blog ni. kesian dia..
al-maklum
tak sempat habis study dah dapat kerja.
after bertungkus lumus siapkan thesis
on 3rd may 2011 terus jadi IBMER.
 
beriya je cite kn. ada orang tanya ke?
anyway..
 
 seminggu lagi i'll be engaged!!
nervous campur kelam kabut 
isshhhh..
 
semoga semuanya berjalan dengan lancar hendakNYA..
 
okay this is my latest pic ;)
 
 
:) semoga esok lebih baik dari semalam
 

Thursday 21 April 2011

MARI SIAPKAN THESIS!

"procrastinate in action" 
 
oleh kerana diri ini suka sangat menunda kerje, jadi sekarang ni tengah membanting tulang empat kerat untuk thesis for my final year.

Thursday 14 April 2011

kt mana??

assalammualaikum..
 gila lama rasanya aku tak update blog ni. bkn rasanya lagi, memang lama kot. untuk pengetahuan korang-korang, aku ni baru je habis praktikal 11 april yang lalu. tpi tak habis lagi sebab tesis tak siap lagi & ada presentation untuk diselesaikan. 

sebagai persediaan awal aku ni search la job untuk menggelakkan aku jadi pengganggur terhormat nanti. dalam banyak-banyak job yang aku apply kt Jobstreet tu IBM atau dengan nama panjangnya International Business Machines yang bagi respon. so aku pun bagi respon balik kt IBM & after tu dia suruh aku buat ACAT test. mmg gila susah ACAT test tu, siap bagi masa 2 setengah minit untuk 1 question yang diaorang bagi.. aku pun jawab la dengan tak beberape confident yang aku akan pass. X sangka lepas tu IBM suruh aku datang interview pada 9 april kt IBM, PJ. fuhh.. interview..?? memang terketar-ketar jugakla lulut aku masa mula-mula sampai IBM tu. dala kena speaking, kalau BM bolehlah merapu-rapu sikit.. nampak sangat aku nyer BI tak sebagus korang kan.

aku sampai awal la jugak, takut nervous terlebih pulak nanti kalau lambat plus kelam kabut. tengah syok rilex tu, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk di interview. berlangsunglah selama setengah jam, inila second time aku pergi interview selain masa nak praktikal hari tu. fuhhh... syukur lepas, result? itu belakang cerita. then diaorang suruh aku tunggu lagi, rupanya ada second interview. OMG. terkejut aku ada lagi interview. kali ni dengan orang Thailand pulak. alhamdulillah.. running smoothly.

beberape hari lepas tu IBM call then bagi tau yang aku dapat keje kat situ. Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Illahi. 

so, back to title enty ni. ke mana?? maksudnya ke mana aku nak keje lepas ni. aku keliru sebab company praktikal ni pun ada offer keje. sekarang ni aku kena fikir cost and benefit from both of the company. hati aku sekarang ni berbelah bagi. boleh tak aku cakap biar Allah yang menentukan kemana rezeki aku.

:)