Thursday 21 April 2011

MARI SIAPKAN THESIS!

"procrastinate in action" 
 
oleh kerana diri ini suka sangat menunda kerje, jadi sekarang ni tengah membanting tulang empat kerat untuk thesis for my final year.

Thursday 14 April 2011

kt mana??

assalammualaikum..
 gila lama rasanya aku tak update blog ni. bkn rasanya lagi, memang lama kot. untuk pengetahuan korang-korang, aku ni baru je habis praktikal 11 april yang lalu. tpi tak habis lagi sebab tesis tak siap lagi & ada presentation untuk diselesaikan. 

sebagai persediaan awal aku ni search la job untuk menggelakkan aku jadi pengganggur terhormat nanti. dalam banyak-banyak job yang aku apply kt Jobstreet tu IBM atau dengan nama panjangnya International Business Machines yang bagi respon. so aku pun bagi respon balik kt IBM & after tu dia suruh aku buat ACAT test. mmg gila susah ACAT test tu, siap bagi masa 2 setengah minit untuk 1 question yang diaorang bagi.. aku pun jawab la dengan tak beberape confident yang aku akan pass. X sangka lepas tu IBM suruh aku datang interview pada 9 april kt IBM, PJ. fuhh.. interview..?? memang terketar-ketar jugakla lulut aku masa mula-mula sampai IBM tu. dala kena speaking, kalau BM bolehlah merapu-rapu sikit.. nampak sangat aku nyer BI tak sebagus korang kan.

aku sampai awal la jugak, takut nervous terlebih pulak nanti kalau lambat plus kelam kabut. tengah syok rilex tu, tiba-tiba nama aku dipanggil untuk di interview. berlangsunglah selama setengah jam, inila second time aku pergi interview selain masa nak praktikal hari tu. fuhhh... syukur lepas, result? itu belakang cerita. then diaorang suruh aku tunggu lagi, rupanya ada second interview. OMG. terkejut aku ada lagi interview. kali ni dengan orang Thailand pulak. alhamdulillah.. running smoothly.

beberape hari lepas tu IBM call then bagi tau yang aku dapat keje kat situ. Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Illahi. 

so, back to title enty ni. ke mana?? maksudnya ke mana aku nak keje lepas ni. aku keliru sebab company praktikal ni pun ada offer keje. sekarang ni aku kena fikir cost and benefit from both of the company. hati aku sekarang ni berbelah bagi. boleh tak aku cakap biar Allah yang menentukan kemana rezeki aku.

:)

Friday 25 March 2011

never

please people out there don't trust anybody!
Cuts, scars, bruises, lies and fake laughs. Fake smiles, constant cries and a horrifying past. Promises broken, lost loves.. and the “trust me” that didn’t last.

- Cassie

AND PLEASE DON'T TRUST ME EITHER!

Friday 11 March 2011

hidup untuk makan @ makan untuk hidup

gila lama yana tak meng'update' blog ni.
time lapar-lapar ni macam-macam yang nak di makan, so elok la rasanya update pasal makan kn.. kn... selalunya en.MFR la yang menjadi mangsa untuk dijadikan peneman, driver, petunjuk arah untuk memuaskan nafsu makan ni. thax to en.MFR. harap-harap berjayala nak tambahkan berat badan ni more than 45kg sebab berat badan yana memang sanggat susah nak naik & berat badan tak ideal. korang jangan terpedaya dengan pipi yana yang tembam ni, kalau tengok badan kecik keding je. tapi takpe, bersyukurla dengan ape yang ada & usahalah selagi boleh. cehceh... luahan hati ni taww. 

nila tempat-tempat yana faveret untuk menambahkan lemak~

nandos :)
saye punya! saya punya!
 
sopan sungguh la konon
big plate for big perut at murni
rootbeer flood at a&w its soo yummy
meatball spaghetti
gulam mee
stall at seksyen 6
donutshi~~
mCde
sushi ;) (encik ni x makan sushi sebenarnya)

froyo @ TT
 takdela selalu makan kat tempat yang ada brand ni, kedai tepi jalan tu pun kalau kena caranya ok gak.
urgghhh... bila nak pukul 5 ni, nak balik makan.

p/s: gambar en.MFR je banyak sebab dia syok makan je ;)

Thursday 10 February 2011

saya mahu beg baru!

beg baru!
ada sape-sape nk sponsorkan yana beg tak?
tak kisahla, 
coach ke...
prada ke...
LV ke...

channel ke...

demand pulak. dah la nak sponsor... x malu! x malu!

Saturday 29 January 2011

filem; KHURAFAT, confirm menjerit!

korang da tengok filem khurafat belum?
  memang rugi jela yana tengok cite tu, bukan sebab tak best... tapi sebab asyik tutup muka je bila nk start adegan hantu nak keluar, so rugi jela bila tak dapat tengok hantu-hantu Khurafat. tapi korang lagi rugi kalau tak tengok. Khurafat arahan Syamsul Yusuf ni memang boleh buat korang menjerit kat panggung. setakat ni, Khurafat filem seram tempatan kedua yang berjaya menambat hati yana selepas Jangan Pandang Belakang. nah tgk official trailer dia..

 

Seram tak? kalau rasa-rasa ada penyakit jantung @ pregnant janganla gatal-gatal nak tengok eah. barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak-watak khurafat antaranya liyana jasmay, syamsul yusuf, sabrina ali, salina saibi & zendy.

aishah & johan

anna & best fren dia
johan & hantu-hantunya


 part klimaks filem ni yang paling tersemat dihati masa johan & kawan dia bawak jenazah ana balik kampung. van jenazah diaorang jatuh gaung lepas hantu ana berjaya mengacau diaorang & buat van jatuh gaung dan lepas tu johan angkat lagi mayat ana tu sebab tak sampai hati nak tinggal, memang tak boleh blah.
ape-ape pun memang saya salute sebab jalan cerita filem ni memang lain dari yang lain.


taknaklah cite panjang, korang pergila tengok sendiri...

Thursday 27 January 2011

me & my blog got new header and font..!!

akhirnya siap juga header baru me & my blog yang memang kurang kreatif ni.
inila hasilnya, taraaaaaaaaa..... dummdummmdummm...

hasil orang yang x terer guna ptohoshop
jangan gelak tau, korang gelak pun ada aku kisah?
saya budak baru belajar la. font pun da tuka, saje konon-konon
nak buat blog bertambah seri...

Tuesday 25 January 2011

mesti.pasti.patut.ada.

ape yang mesti.pasti.patut.ada?
wanita, gadis, akak-akak, makcik, nenek atau dengan kata lain yang berjantina perempuan or kaum hawa
mesti nak ada beg tangan, clutch, or ape-ape yang boleh memuatkan khazanah berharga
diaorang kat dalam tu. kadang-kadang da macam beg doremon pun ada. memangla
ada segilintir kaum adam tu mesti tak faham kenapa kaum hawa ni mestila nk ada beg kalau nak kemana pun.
lepas tu nak komen yang kita ni ada banyak beg la, beli mahal tapi tak guna la... diaorang
mana tau kegunaan beg tu, especially time emergency.

cakap jer korang nak ape. nak bedak? lipstik? kepit kuku? sikat? tisu? eyemo? perfume? benang+jarum? laptop? biskut? air? nasi lemak? peti ais & almari pun ada... hahahaha
tengokla celebs barat ni & beg diaorang. ape yang ada kat dalam tu eah?

puan jolie & cik jolie

celebs pakai oversized bag
tengokla celebs ni ngan beg mewahnya... nak jugak!
akak tyra & LV
bukan celebs barat je, celebs malaysia pun ada kelasss gak. Beg nak LV, GUCCI, PRADA, COACH, HERMES, CHANEL. ori ke tak belakang kira, yang penting ape yang ada kat dalam tuhh.
kalau harap beg je besar sedabak tapi isinya takde tak guna juga.
contohnya kat dalam cite FUHH kat TV3 yang segment selongkar beg celebs,
macam-macam la yang korang tengok ada dalam beg diaorang.
episod ni diaorang selongkar beg Dato' siti.
 

memang superb beg dia, memang semua pun ada. kau ada??

jom sekodeng apa yang ada dalam beg yana pulak.. nak budget celebs sekejap.

taraaa... biasanya suka pakai sling bag MNG kesayangan.
small and vintage..


& dalam tu mesti ada small pouch yang macam ni.

pouch ni untuk isi IC, duit yang tak berapa banyak
& bank card. adanya pouch ni x bersepah la & senang nanti nak cari ape yang nak dicari.


ada lagi...

mestila hanfon K770i antik ku..


eyeliner da semestinya


lipstick untuk bibirku kelihatan sexy.. ke..

ni taukan ape

tisu nak lap peluh, hingus, DLL

eyeliner.. yang ni untuk mendramatikkan mataku
nivea lip moisturizer
& vaseline hand nail lotion.. utk kulitku...
kalau malas nak bawak beg sebab terasa poyo sangat kalau nak makan dekat
kedai depan umah pakai beg, yana bawak ni jer..


sumbat je semua dalam pouch ni, senang kan.. kan...

p/s untuk kaum hawa: kalau bawak beg mahal ke, murah ke, free beli sabun ke janganla
gatal letak kat seat sebelah pemandu tu sebab peragut tu memangla aim je.
letakla kat bawah kerusi tu eah.

Friday 14 January 2011

long long long time...

Assalammualaikum...

its been a long long long time we haven't meet!
bukanlah malas nk posting entry. tpi disebabkan sebab-sebab yang tertentu.. ahaks.
memang buat macam tak bersalah kan.. kan... 


sekarang ni yana tengah bertungkus lumus berpraktikal kat satu company yang bernama 
Mega Dynamics System Sdn. Bhd. alhamdulillah dapat tempat yang
sempoi & no pressure added. ecehhhh... dapat pulak staff yang okey & boleh layan la.


abaikan segala background itu
bukan curi tulang tau, ni lunch time... huhuhu

saya & fiza tengah exercise.. ke?

bermodelan... hahaha

staff bawah umur, harith yg disebut hayith oleh saya

mama hayith, we OTW meeting kat Ipoh
inila kehidupan yana disini.. & i love the environment, the people...


but, still rindu student life kat melaka. A3-10....
till we meet again!!!